Real life goes like thisSibuk-sibuk begini, terasa berharganya masa.
.....
Lok lahItu loghat Terengganu untuk gopoh. Saya akhir-akhir ini sering benar lok lah yang akhirnya menyusahkan diri. Gopoh tak kena tempat dan nak cepat-cepat; entah apa nak dikejar.
Saya rasa runsing pula bila begini. Rasa tak seronok pula diri jadi makin kurang, bukan makin baik.
Minggu ini ke kem, saya tertinggal IC, lesen, kad bank dan segala macam kad-kad peribadi lagi. Tercicir di pondok fasi, rasa-rasanya. Mujurlah ada teman yang prihatin, sanggup pos laju kepada saya.
Kata teman:
Kau ni macam Bangla. Layak dipanggil PATI. Aku telefon polis tangkap kau :) Rasa malu pula. Malu sebab kecuaian diri, menyusahkan orang. Saya tak terasa dengan gurauan teman; saya pun tergelak juga. Yang saya terasa adalah dengan diri.
Kenapa boleh begitu cuai dan alpa?
Lupa dan alpa sangat bahaya. Biasanya terjadi sebab kita tak beri perhatian dan anggap tak penting. Kita lupa jam. Kita lupa kawan. Kita lupa diri. Tapi bila bab tidur, makan, tak lupa pula.
Kita hari-hari tengok jam, tapi bolehkah kita lukis gambar jam kita bila tiada di depan?
Banyak benda hanya penting apabila hilang.
Hari-hari kita nak guna telefon, telefon ada di situ. Begitulah berulang, hingga suatu hari telefon itu rosak. Kita menyumpah-nyumpah. Tak pernah kita kenang yang kita pernah menghentak-hentak ia, tak jaga dan jatuhkan sana-sini.
Bulan-bulan kita pulang kampung, dan ibu bapa kita ada. Apa akan jadi jika kita pulang dan mereka tiada? Hari-hari kita bangun, kita masih di tempat tidur. Bagaimana apabila kita tidur dan bila bangun, dalam kubur?
Kata seorang pada saya:
Ahli kaji manusia macam saya ini ini hanya pandai bercakap. Buatnya haprak.Itulah yang saya takut. Saya bimbang saya lupa itu. Lupa bahawa yang dicakap perlu dibuat. Lebih saya takut, saya jadi lupa perkara yang patut saya ingat.
Sekarang saya lupa kad-kad saya sebab ambil mudah pasal 'mereka.' Saya hanya sedar kepentingan 'mereka'; betapa saya ini boleh jadi PATI, tak boleh keluarkan wang dan menyusahkan orang bila ketiadaan mereka.
Saya tak mahu lama-lama kerana suka ambil mudah; saya jadi orang yang lupa kawan, lupa ibu bapa , lupa akhirat dan lupa diri. Saya berdoa supaya tidak daripada api yang kecil itu, akhirnya merebak jadi kebakaran.
Kerana saya tak mahu jadi orang yang hanya tahu menghargai bila kehilangan. Moga tuhan jauhkan.